Soalan Lazim

Info Am

iflix ialah peneraju servis hiburan dunia untuk pasaran yang sedang membangun, menawarkan pengguna akses kepada beribu siri TV dan filem - serta hiburan tempatan, sukan secara LIVE,iflix Originals, Snackables dan banyak lagi. Dan kami hanya berikan hiburan yang semua mahu dengan hanya satu klik dan berkualiti tinggi di mana-mana peranti yang anda gunakan. Pengguna akan menikmati versi penuh dan buka penampilan VIP untuk mendapatkan akses kepada SEGALANYA. (Sekarang anda dah kenal iflix, kami nak tanya khabar anda pula!)

iflix kini boleh diakses di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Brunei, Sri Lanka, Pakistan, Myanmar, Vietnam, Maldives, Kuwait, Bahrain, Arab Saudi, Jordan, Iraq, Lebanon, Egypt, Sudan and Cambodia, Nigeria, Kenya, Ghana, Nepal, Zimbabwe dan Bangladesh.

Seleksi meluas kegemaran ramai dari komedi, drama, K-drama, drama Turki, Bollywood, Nollywood, kartun, filem, siaran langsung acara sukan dan banyak lagi; dari Hollywood,United Kingsom, Asia, Timur Tengah dan Afrika - semuanya untuk anda strim atau muat turun. Ada beribu-ribu jam kandungan di atas talian untuk layanan anda serta merta melalui apa jua peranti yang anda boleh sambungkan ke internet. Jadi anda boleh mainkan, hentikan, ulang semula dan cari apa yang mahu layan pada bila-bila masa di mana sahaja.

Jom Mula Layan

iflix boleh digunakan di telefon, komputer riba, tablet, TV. Memang mudah! "Bagi mereka yang dah tak sabar, cepat muat turun app iflix di Google Play Store atau Apple App Store untuk layan iflix di telefon/tablet. Nak layan tanpa henti kat skrin besar? Layari iflix.com kat komputer riba atau komputer anda! " ATAU… "Jika anda suka layan siri TV dan filem sebesar-besarnya, anda boleh layan iflix di TV Samsung dan LG anda, TV Android anda atau mana-mana TV yang disambungkan kepada Chromecast atau HDMI. "

"Kami sedang memastikan teknologi kami adalah yang terkini. Supaya anda boleh layan di peranti dengan lancar. Pastikan anda ada sekurang-kurangnya keperluan sistem yang berikut. Kalau tak, takut lain pula jadinya. " "Peranti Apple: iPhone 5 dan ke atas, iOS9 atau peranti Android: 4.4 dan ke atas " "Komputer: Windows 7 dan 8 Mac: OSX dan ke atas Pelayar yang di sokong: Chrome 40+, Safari 7+ dan IE11. (Ada orang guna Internet Explorer lagi ye? Anda memang ol skool’) " "Ada pelayar yang memerlukan Silverlight untuk di muat turun. Senang je. Hanya klik “install”. "

"Tak boleh, anda perlu daftar untuk akaun bagi membolehkan anda mulakan layan iflix. Anda boleh layari katalog kami yang meluas sebelum mendaftar, tetapi bila dan masuk iflix mesti susah nak keluar. "

Senang je. Memang kami buat proses ini mudah untuk anda. Dan kami ingin memberi anda pengalaman maksimum iflix. Jadi kami berikan anda layanan VIP, untuk 30 hari! Pada APP: Klik Sign Up bila app dilancarkan. Pilih sama ada untuk menggunakan akaun Google, Facebook atau emel untuk log masuk. Pada KOMPUTER: Hanya layari iflix.com dan klik pada “SIGN UP NOW”. Sekarang ada ada pilihan untuk terus layan iflix dengan menggunakan akaun Google, Facebook atau dengan emel anda, dan jangan lupa untuk baca terma dan syarat. Apa lagi, jom daftar! Pada TV: Klik pada butang Sign Up di bahagian utama TV, daftar untuk akaun dan mula layan! Tu jer! Dah terus boleh layan!

Kami menawarkan ahli baharu untuk layan iflix sebagai VIP untuk 30 hari. Jadi anda boleh dapatkan akses kepada beribu siri TV dan filem terus ke telefon pintar, tablet dan komputer riba anda. "Dan paling menarik sekali? Tiada bayaran pendahuluan diperlukan untuk mendaftar! Sebab hiburan patut mudah untuk diperoleh, kan? Kami nak anda senang berhibur! "

"SEMUA ADA! Betul! Semasa tempoh percubaan ni, anda boleh akses semuanya. Dari siri premium di iflix. Acara LIVE? Boleh je! Muat turun dan tengok di luar talian? Tiada masalah! Siri popular Hollywood dan tempatan? Klik je! "

"Jangan risau, selepas tamatnya tempoh VIP anda, anda masih boleh layan banyak kandungan PERCUMA di iflix (kena buka mata besar sikit dan cari ikon FREE tu!) "

Alaa... cepatnya? :( Okey, tak apa. Mesti kita akan berjumpa lagi dalam masa terdekat ni. Untuk keluar dari akaun, pergi ke laman utama, klik pada Menu di sebelah atas kiri. Klik pada nama profil anda dan anda patut nampak Daftar Keluar. Lepas tu, erm... daftar keluarlah.

Untuk strim video iflix di web browser anda, anda perlu memasang aplikasi bernama 'Silverlight'. Ianya cuma mengambil masa beberapa minit sahaja. Terdapat dua cara mudah untuk pasangkan 'Silverlight'. Pertama, anda boleh lawati laman web 'Silverlight' di [SINI](https://www.microsoft.com/getsilverlight/get-started/install/default.aspx?reason=unsupportedplatform) dan muat turun 'plugin'. Laman ini akan bimbing anda dari proses muat turun hinggalah proses pemasangan. Kedua, anda boleh muat turun dan membuat pemasangan 'Silverlight' setelah arahan skrin diperoleh SEMASA anda melayari iflix. Senang gila! *Mac* Safari 1. Di web browser, sila ke iflix.com dan log masuk 2. Klik mana-mana rancangan TV atau filem 3. Apabila arahan skrin diterima untuk install 'Silverlight', klik 'Install Now' 4. Klik 'Save File' 5. Klik dua kali pada 'Silverlight.dmg' dibahagian muat turun dan ikuti je arahan > Untuk Safari, menu muat turun adalah sebelah atas kanan skrin > Untuk Firefox, muat turun adalah di skrin berikutnya di bahagian 'Dock' > Untuk Google Chrome, apabila muat turun selesai, klik 'installer' pada ruangan muat turun dibahagian bawah skrin > Tips : Sekiranya anda ada masalah untuk cari fail muat turun, tekan ""Command + J"" dan skrin akan tunjukkan ruang muat turun 6. Klik kanan atau tekan butang 'Control' di keyboard anda (jangan lepas) dan klik pada Silverlight.pkg 7. Klik 'Open' pada menu yang tertera 8. Klik 'Open' apabila arahan tertera ""Silverlight.pkg is not from the Mac App Store. Are you sure you want to open it?"". Jika anda buka Silverlight.pkg, ianya akan selalu selalu aktif di Mac anda. 9. Ikuti arahan tertera untuk proses install *Windows* Google Chrome 1. Di web browser Google Chrome, log masuk ke iflix.com 2. Pilih mana-mana rancangan TV atau filem 3. Pilih 'Install Now' 4. Pilih Silverlight.exe dari bahagian bawah ruangan muat turun Google Chrome Sekiranya anda ada masalah untuk mencari fail tersebut, cuba untuk mencari 'Silverlight.exe' di folder muat turun dengan menekan butang Ctrl + J. 1) Pilih 'Run' apabila arahan skrin menunjukkan “Open File - Security Warning” 2) Klik 'Install Now' 3) Pilih 'Close' 4) Tutup dan buka semula web browser anda Firefox 1. Di pelayar web Mozilla Firefox, log masuk ke iflix.com 2. Pilih mana-mana rancangan TV atau filem untuk dimainkan 3. Pilih 'Install Now' 4. Pilih 'Save File' 5. Klik dua kali (atau tap dua kali pada peranti sesentuh) Silverlight.exe dari pelayar muat turun Firefox Sekiranya anda bermasalah untuk mencari fail tersebut, cuba untuk mencari 'Silverlight.exe' di folder muat turun dengan menekan butang Ctrl + J 1. Pilih OK sekiranya arahan skrin menyatakan “Open Executable File?” 2. Pilih 'Run' sekiranya arahan skrin menyatakan “Open File – Security Warning” 3. Pilih 'Install Now' 4. Pilih 'Close' 5. Tutup dan buka semula pelayar web anda Internet Exporer Pada pelayar Interner Explorer, log masuk ke iflix.com 1. Pilih mana-mana rancangan TV atau filem untuk dimainkan 2. Pilih 'Install Now' 3. Pilih 'Save File' Sekiranya anda bermasalah untuk mencari fail tersebut, cuba untuk mencari 'Silverlight.exe' dalam folder muat turun dengan menekan butang Ctrl + J 1. Pilih 'Run' apabila arahan skrin menunjukkan “File Download - Security Warning” 2. Pilih 'Run' apabila arahan skrin menunjukkan “Internet Explorer – Security Warning” 3. Pilih 'Install Now' 4. Pilih 'Close' 5. Tutup dan buka semula pelayar web anda

Sama seperti pemasangan Silverlight, memastikan Silverlight diaktifkan juga penting untuk membolehkan iflix berjalan lancar di pelayar web anda. Sekiranya anda tidak membuat pemasangan Silverlight, sila klik disini (langkah-langkah bagaimana untuk anda memuat turun Silverlight). Setelah ianya telah dilengkapkan ke komputer anda, anda boleh terus mengaktifkan Silverlight di pelayar web anda : 1. Firefox > Klik pada menu 'Tools' dan pilih 'Add-ons'. > > Ini akan membuka Mozilla Firefox Add-ons Manager > Pilih 'Add-ons' > Pilih 'Plugins' > Cari 'Plugin Silverlight' > Jika ianya 'disabled', klik pada 'Always Activate' 2. Google Chrome > Di bahagian ruangan 'Address', taipkan chrome://plugins to access the Chrome Plugins menu > Dibahagian Silverliht, klik 'Enable' 3. Internet Explorer > Tekan butang 'Alt' pada papan kekunci anda > Klik pada menu 'Tools' dibahagian atas skrin pelayar web anda > Pilih 'Manage add-ons' > Pilih 'Toolbars and Extension from Add-on Types' > Pilih 'All Add-ons' dari menu pilihan > Klik pada Microsoft Silverlight Sekiranya ianya 'Disabled', click pada 'Enabled' 4. Safari Safari selalunya tidak mempunyai masalah untuk 'plug-ins'.

Yang pantas memang akan menang, kecuali si arnab dalam cerita kanak-kanak tu. Secara kebiasaannya, kami memerlukan sekurang-kurangnya internet berkelajuan jalur lebar. Walaubagaimanapun, kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan anda boleh strim iflix dengan gayanya, walaupun dengan internet berkelajuan kura-kura.

Cara Layan iflix

"Kami cuma nak beri anda satu ayat yang anda perlu ingat sampai bila-bila. Tiada had untuk layan iflix! " Klik [DI SINI](https://piay.iflix.com/) untuk mula layan seleksi pilihan iflix yang meluas.

"YA. Walaupun anda berada tinggi di atas awan dalam kapal terbang, atau di ceruk kampung melawat nenek, atau di dalam gua bersama orang purba. Anda masih boleh layan filix menerusi penampilan ‘Download & Watch Offline’ kami (Hanya ada di app iflix untuk anda layan di telefon/tablet)! Beginilah caranya: - Pastikan anda disambungkan ke akaun internet anda. - "Cari ikon INI pada siri yang anda mahu dan klik butang ajaib ini. - Pilih resolusi yang anda mahu. * Anda boleh muat turun maksimum 10 siri secara keseluruhannya (siri TV dan filem) setiap satu peranti pada satu masa Anda mempunyai 30 selepas muat turun atau 48jam selepas tontonan, di mana selepas itu, ianya terus lenyap. Tapi jangan risau, anda boleh muat turunnya semula tanpa had!

Sesetengah siri ni memang seronok ditonton berulang kali! Untuk lihat semula sejarah tontonan anda, anda perlu log masuk, terus ke Akaun dan pilih “History”. "Haa! Sekarang awak dah boleh semak semula senarai siri dan filem yang awak dah tonton. Boleh ulang banyak kali lepas ni! "

Anda boleh cari hiburan untuk si comel di bahagian “Kids” di iflix! Semuanya dari siri kartun ke filem animasi terkini. Dan semua kandungan adalah sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun! Sekarang bapak budak pun boleh tengok kartun!

Anda boleh sambungkan sehingga ke 5 peranti dan strim 2 peranti tersebut pada masa yang sama, asalkan sistem operasi peranti anda di sokong oleh iflix. "Jika anda nak daftar peranti ke-6, tak dapat la geng! Anda kena buang satu peranti dari senarai peranti yang berdaftar untuk memberi laluan kepada peranti baru yang anda ingin sambungkan. "

DAH TENTU BOLEH! Kami ada pelbagai kandungan yang dah tersedia dalam HD. Anda cuma perlu sediakan popcorn dan kuaci je!

Akaun & Pembayaran

Nak kemaskini kata laluan anda? Senang je, dengan ikuti langkah berikut: - Daftar ke akaun anda di laman web iflix dengan alamat emel anda yang terkini serta kata laluan. - Klik pada My Account. - Klik pada Change Password di bawah Profile. - Isikan butiran dan klik Reset Password. [* Atau untuk akses yang lebih cepat, klik pada PAUTAN ini](https://piay.iflix.com/profile/edit)

"Pengguna boleh menggunakan fungsi ‘forgot password’ pada halaman log masuk, masukkan alamat emel yang anda telah daftarkan dan kami akan hantar anda emel pembetulan kata laluan. "

Ok, jangan panik. Situasi ni boleh berlaku. Untuk dapatkan semula login e-mel anda, boleh hubungi kami di support+MY@iflix.com

Pembayaran

"Ya, anda boleh! Cepat ke bahagian ‘Subscribe now’ di menu pada app Android atau iOS atau di iflix.com untuk terus jadi VIP kami. "

Tiada caj tersembunyi! Jika tempoh percubaan anda sudah tamat dan anda rasa anda tak mahu langgan iflix, anda masih boleh layan kandungan PERCUMA di iflix. Tapi lagi bagus jadi VIP semula kan? Baru boleh akses SEGALANYA!

Berita baik! Tak kira sama ada kad kredit atau debit itu dari bank tempatan ataupun antarabangsa, kami terima! Pastikan ada logo "Mastercard" atau Visa.

Pertama sekali, anda perlu log masuk ke app iflix atau pelayar di komputer atau komputer riba anda. (kami syorkan Google Chrome atau Safari) untuk menebus kupon/baucer anda, kemudian pilih “Redeem Voucher” dari menu utama. Kemudian masukkan kod baucer anda dan pastikan anda masukkan kod yang betul!

Ingin melanggan untuk melayan? Gunakan cara-cara ini: - Kad debit/ kredit VISA atau MASTER - Perbankan atas talian - Google In-App Billing - MOL - Bil telefon bimbit Untuk senarai penuh cara pembayaran yang ada, sila ke [Laman Pembayaran](https://play.iflix.com/payment/products).

Online banking ni fungsi pembayaran paling syok sekali. Jikalau anda di Malaysia, anda boleh buat pembayaran dengan bank berikut: - Affin Bank - Alliance Bank - AmBank - Bank Islam - Bank Rakyat - Hong Leong Bank - BSN - Kuwait Finance House - Maybank - HSBC Bank - OCBC Bank - Public Bank - RHB - Standard Chartered - UOB

PENYELESAIAN MASALAH

Ada masalah nak layan video di iflix? Layanan terhenti? Jangan risau! Meh kami kongsikan beberapa tips: "Pertama, anda perlu periksa jika sambungan internet anda, Kemudian cuba pasang siri IFLIX yang lain di komputer riba. Jika ianya berfungsi, cuba periksa jika video anda boleh dimainkan di rangkaian internet lain. Jika anda berjaya, cuba strim video lain. Adakah anda mempunyai iflix versi terkini? Pastikan app anda dikemaskini untuk mengelakkan kesulitan! "Jika anda masih dibelenggu dengan masalah, hubungi pakar kami di support+MY@iflix.com. Mereka akan memerlukan emel pendaftaran anda, serta screenshot halaman “About”, di bahagian menu “My Account”. Dan sertakan juga tahun dan jenama model peranti anda, supaya senang kami bantu anda layan iflix semula! "